Kau buat salah,
Kau berdosa
Tiba-tiba
Kau nak berubah?
Kau bagitahu kengkawan kau.
Mereka gelak, mereka kata "gilalah kau, demam eh?"
Kau tak nak dah bergelumang dengan dosa.
Kau nak dekat denganNya.
Kau damba ketenangan itu.
Itulah Hidayah.
Allah memberi kepada siapa yang dikehendakiNya.
Hidayah itu milikNya.
Tapi awas!
Sekelip mata ia datang
Sekelip mata jua ia boleh pergi.
Genggamlah erat-erat.
Kerana mungkin kau tak akan menemuinya lagi.
"Indeed, [O Muhammad], you do not guide whom you like, but Allah guides whom He wills. And He is most knowing of the [rightly] guided." (Al-Qasas; 28:56)
Ps : Hidayah itu, perlu dicari. Memang Allah yang punya. Memang Allah yang memberi. Namun sebagai hamba, kita perlu mencarinya bukan? Seperti rezeki, hidayah tidak datang bergolek. Bukankah Allah menyukai mereka yang berusaha? :)
No comments:
Post a Comment